1 Pengenalan : 1Bestarinet & Frog Vle
1.     Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

2.     Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.

3.     1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulu dikenali sebagai kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.
pppd
 
4.     Frog VLE @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula,  Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).
2 Pelbagai Widget Yang Sangat Berguna
Guru menghasilkan laman pengajaran dalam Frog Vle menggunakan widget yang berbagai fungsi. Terdapat 29 widget dalam frog VLE yang boleh memainkan video, muat turun fail, perbincangan dengan pelajar dan pelbagai kemudahan lagi.
3 Pembinaan Laman Pembelajaran Dengan Fungsi Seret Dan Lepas
Pembinaan Laman pembelajaran dalam Frog Vle adalah seperti bermain blok lego. Dengan fungsi seret dan lepas serta pelbagai widget yang disediakan , guru boleh membina laman pengajaran yang menarik dan kaya dengan kandungan serta mudah digunakan oleh pelajar atau guru-guru lain.
4 Berkolaborasi Dimana Jua Tanpa Mengira Masa
Para pengguna boleh mengakses Frog VLE dimana sahaja dengan sambungan internet kerana ia adalah sebuag jaringan berasaskan awan. Berkolaborasilah dengan guru anda mahupun dari sekolah-sekolah lain dengan mudah.
5 Bukan Sekadar Mengajar Sahaja
Alatan pentadbiran yang tersedia dalam Frog VLE boleh digunakan oleh sekolah untuk mengurus  dengan baik urusan pentadbiran, badan kokurikulum atau kelab pula boleh membina laman untuk ahli kelab menyumbang, manakala guru boleh menggunakan laman untuk menganjurkan pertandingan di peringkat sekolah. Segalanya bukan mustahil.
6 Download Rajah / Carta
  A1 copy VLE FROG 1 copy VLE FROG 2 copy 

Pengunjung DiTalian

We have 10 guests and no members online

JSN Mico template designed by JoomlaShine.com