Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan keupayaan seseorang untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
 
Kejayaan teknologi maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta).
   

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis situasi secara kritis. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang terdiri dari aspek Teknologi Maklumat & Komunikasi, Kreativiti & Inovatif serta Keusahawanan berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang memiliki pemikiran aras tinggi.


Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat. Untuk itu, dalam artikel kali ini turut disertakan pelbagai rujukan berkaitan elemen KBAT sebagai panduan kepada warga pendidik.

CIRI-CIRI GURU ABAD 21

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3.  Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.

 

11 12 13 14 15 16

 

Felis orci suspendisse egestas blandit magna dapibus at, senectus ut ante maecenas posuere auctor, primis cursus aliquet cubilia sed ante. platea senectus accumsan tincidunt dolor justo aliquam nibh, ultrices tempus odio vivamus risus purus curae vel, aliquam scelerisque donec fusce lectus integer. mattis auctor nisl ac per, potenti hac cursus.

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21 10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21  10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

Est netus nunc gravida platea scelerisque quisque aenean, consequat feugiat tristique dictumst pulvinar mattis libero, pharetra vestibulum quam posuere porttitor tristique. libero etiam aliquam ac odio tincidunt pulvinar in nibh magna sit, tristique dui et sapien suspendisse sodales vehicula a. tempor vulputate venenatis phasellus fames iaculis, malesuada ipsum consectetur curabitur.

Pengunjung DiTalian

We have 15 guests and no members online

JSN Mico template designed by JoomlaShine.com